fbpx

Sembilan kerusi DUN masih tergantung di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi menerima mock-up e-baucer bernilai RM100,500 daripada PayNet sempena Karnival Institusi Pendidikan Mara Johor di Plaza Larkin, Johor Bahru hari ini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pembahagian kerusi membabitkan 245 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya di enam negeri menyaksikan sembilan kerusi masih tergantung.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sembilan kerusi terbabit membabitkan kesemua enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, sembilan kerusi DUN yang berlaku pertindihan itu setelah Jawatankuasa perundingan di peringkat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) gagal capai kata sepakat.

Sementara itu, katanya, hasil rundingan di peringkat majlis perundingan menyaksikan pembahagian kerusi yang lain berjalan lancar, dengan 99.7 peratus selesai.

“Daripada 245 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kita hanya ada isu di sembilan kerusi sahaja yang masih tergantung.

“Kini kita memasuki peringkat akhir iaitu untuk dimuktamadkan di peringkat presiden parti. Soal kerusi yang bertindih itu, kita serahkan pada kepimpinan tertinggi dan presiden parti untuk memperincikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA Negeri Johor di Plaza Larkin, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI