fbpx

PRN: Rundingan agihan kerusi BN-PH Pantai Timur sangat kompleks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tiga dari kiri) beramah-mesra dengan penyokong PKR di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini terutama di Terengganu dan Kelantan sangat kompleks.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak faktor perlu dipertimbangkan berikutan rundingan kali ini adalah berbeza berbanding gabungan antara PKR dan Pas sebelum ini.

“Kalau dahulu, walaupun Pas ada sejarah lama (kekuatan tersendiri di Terengganu) dan beberapa kawasan tradisional yang menjadi kubu kuatnya namun masih ada ruang untuk kita (PKR) bertanding.

“Walaupun tidaklah mudah namun hasilnya PKR pernah mempunyai wakil di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar iaitu Azan Ismail,” katanya pada majlis Temu Mesra bersama Ahli dan Penyokong PKR, di sini hari ini.

Nazmi berkata, kerjasama bersama UMNO pula amat berbeza kerana parti tersebut telah bertapak sejak 1946 dan mempunyai kawasan kubu kuat di Terengganu.

Jelas beliau, banyak perkara perlu dipertimbangkan apatah lagi melibatkan banyak parti komponen di bawah PH dan BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI