fbpx

Layang-layang tersangkut pada sayap pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Layang-layang itu tersangkut pada sayap pesawat. - TikTok

JAKARTA – Seorang penumpang syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengesan sebuah layang-layang yang tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya, lapor laman berita Detik semalam.

Video kejadian itu dimuat naik oleh penumpang bernama Ricky Suhendar dalam akaun TikToknya.

Menurut Ricky, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang.

Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang.

Mereka bernasib baik apabila seorang pegawai di landasan memberi isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya.

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI