fbpx

PRN: Agihan kerusi PN selesai 99 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) menyerahkan bendera PN kepada pimpinan negeri dalam Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Agihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri sudah selesai 99 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala isu berkaitan pembahagian kerusi itu akan dimuktamad antara parti-parti komponen PN pada Rabu ini (22 Jun).

“Saya nak terangkan, kita dah hampir selesai pembahagian kerusi, sudah selesai 99 peratus, 22 Jun (Rabu) kita adakan pertemuan untuk muktamadkan (agihan kerusi).

“Kalau nak tanya semua puas hati, semua jawab tak puas hati, Pas puas hati?, tak puas hati, Bersatu lagi tak puas hati, Gerakan memang tak puas hati.

“Jadi siapa yang puas hati, kenapa tak puas hati, semua nak kawasan boleh menang, semua nak pergi ke situ, dah tentu dua tiga orang tidak puas hati takkan kita nak bagi Pas separuh kita separuh, tak boleh satu sahaja,” katanya ketika berucap dalam konvensyen dan pelancaran jentera PN Pulau Pinang.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, semangat rundingan antara parti-parti komponen PN juga berada pada tahap terbaik di mana setiap parti mampu bertolak ansur antara satu sama lain.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI