fbpx

Pelajar tingkatan tiga lemas dalam kolam takungan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Danish Haidar ditemui lemas di kolam takungan tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Batu 20, Guar Chempedak petang semalam.

YAN – Kegembiraan seorang remaja mandi bersama tiga rakannya di kolam takungan tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Batu 20, Guar Chempedak, dekat sini bertukar tragedi apabila dia ditemui lemas petang semalam.

Mangsa, Muhammad Danish Haidar Mohd Rizal, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Guar Chempedak 2 disedari tenggelam oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 5.10 petang.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa disedari tenggelam dan lemas oleh rakannya selepas satu jam mereka mandi di situ.

“Panik dengan kejadian itu, rakan-rakan mangsa terus balik ke rumah dan memaklumkan kepada bapa mangsa, Mohd. Rizal Razak, 40, yang kemudian menghubungi talian kecemasan.

“Selepas menerima maklumat, Timbalan Ketua Polis Balai Guar Chempedak bergegas ke lokasi dan membuat pencarian bersama sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak pada pukul 5.40 petang (semalam),” katanya di sini semalam.

Menurut Shahnaz, mayat anak kedua daripada empat beradik itu ditemui lemas di dasar kolam pada pukul 5.45 petang dan mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Yan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI