fbpx

Selangor nafi tomahan cuba tutup sekolah agama persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menafikan tohmahan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha murni dalam memartabatkan kualiti dan taraf sekolah agama persendirian di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya kesal tuduhan jahat dilemparkan kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming sebagai dalang cuba menutup sekolah tersebut.

Katanya, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor.

“Usaha ini dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pada 2018.

“Garis panduan dibangunkan kerajaan negeri telah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada 21 Disember 2020 dan mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Zawawi menegaskan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengarahkan jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membantu menyelaras proses pemutihan kesemua sekolah agama persendirian itu.

Jelasnya, beliau sebagai pengerusi jawatankuasa itu bersetuju memperuntukkan masa selama dua tahun kepada semua sekolah itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Namun, sebanyak 416 sekolah memohon tempoh masa itu dilanjutkan dan kami memperuntukkan tambahan tempoh tiga tiga tahun lagi bagi program pemutihan berkenaan,” ujarnya.

Beliau menambah, jawatankuasa itu turut memulakan langkah penambahbaikan garis panduan sedia ada untuk dipermudahkan dan hanya syarat minima dikenakan kepada pengusaha sekolah bagi menyelesaikan proses pemutihan.

“Semua usaha itu disalah tafsir segelintir pihak sebagai cubaan menghentikan usaha dakwah dan proses pemutihan yang berjalan sejak 2019 dianggap sebagai mahu menutup sekolah tersebut,” katanya.

Kata Mohd. Zawawi, usaha murni kerajaan negeri turut mendapat sokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI