fbpx

KPKT salur RM8.12 juta bangunkan komuniti mampan di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming dan Mohd Shukri (kanan) menyiapkan mural bagi program ANMS sempena jelajah Sentuhan Kasih KPKT di Kangar Street Art, hari ini.

KANGAR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.12 juta bagi tujuan pelaksanaan 20 projek pembangunan komuniti mampan di Perlis.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sebanyak RM1.5 juta daripada jumlah tersebut adalah untuk menyokong inisiatif Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) bagi memperkasa pembangunan negeri itu sebagai sebuah bandar raya mampan, inklusif dan makmur.

“Sebanyak RM100,000 untuk menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis 2024 iaitu ‘Street Art for Cities Mental Health bagi mewujudkan persekitaran menyokong bandar sihat melalui aktiviti mobiliti aktif seperti berjalan kaki serta penggunaan kenderaan mikromobiliti.

“Selain itu, sebanyak RM2.96 juta adalah peruntukan bagi menggantikan enam unit lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi manfaat 1,864 penduduk PPR Sena,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu Kor Ming dan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli turut melancarkan program ANMS sempena jelajah Sentuhan Kasih KPKT 2024 di Kangar Street Art.

Menurut Kor Ming, KPKT juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi pelaksanaan lima projek Program Penyelenggaraan Perumahan termasuk membaiki lampu koridor, bumbung, pembaikan kerosakan harta serta kebocoran tandas serta dapur.

“Kita juga memperuntukkan RM480,000 bagi pembinaan semula enam unit gerai di Pasar Borong Sena yang telah siap pada tahun ini dengan kemudahan surau dan tandas bagi keselesaan peniaga dan pengunjung.

“Selain itu, sebanyak RM1.38 juta turut disalurkan kepada Majlis Perbandaran Kangar bagi tahun ini untuk menaik taraf lampu, tandas awam dan pasar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI