fbpx

Pejalan kaki maut lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Kuantan-Maran di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Malang tidak berbau buat seorang pejalan kaki apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika dia cuba melintas jalan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Petronas Batu 12, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.49 malam itu mangsa, S Paradaman, 57, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, semasa kejadian kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 31 tahun dalam perjalanan dari arah Balok Perdana ke Batu 11 di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika berada di lorong kanan, difahamkan secara tiba-tiba pejalan kaki telah melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan laluan lurus dengan keadaan gelap tanpa lampu jalan dan permukaan jalan basah selepas hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI