fbpx

KKM perjelas isu tular dua kanak-kanak alami cerebral palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung isu tular di media sosial berkenaan dua orang kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy selepas dilahirkan di fasiliti kesihatan milik kerajaan sebelum ini.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, aduan bagi kes tersebut dikategorikan sebagai aduan kompleks dan pengurusannya adalah berdasarkan ‘Guidelines on the Management of Medico Legal Complaints in the Ministry Of Health, second edition 2019’.

Katanya, garis panduan itu menetapkan setiap aduan hendaklah disiasat oleh pihak hospital dan seterusnya pihak kementerian sekiranya perlu.

“Semakan mendapati aduan bagi kedua-dua kes itu telah disiasat di peringkat hospital dan di peringkat KKM selain dalam penelitian lanjut Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

“Pengurusan kes seperti ini mengambil tempoh masa yang panjang kerana perlu penglibatan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan yang terlibat serta Jabatan Peguam Negara.

“Kementerian ambil maklum akan kesulitan yang dihadapi oleh pesakit serta keluarga dan akan memastikan proses ini diselesaikan dalam kadar segera,” katanya tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI