fbpx
Roni (kanan) memberi penerangan tentang pameran Laluan Galeri di ibu pejabat BPMB di Kuala Lumpur.

BPMB lancar pameran Laluan Galeri sempena sambutan ulang tahun ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah melancarkan pameran ‘Laluan Galeri’ bersempena sambutan ulang tahun bank yang ke-50 hari ini.

Ini adalah antara program yang disusun sepanjang setahun untuk memperingati sambutan ulang tahun yang bersejarah itu.,

Pameran yang diadakan di  lobi ibu pejabat BPMB di Jalan Sultan Ismail itu akan berlangsung sehingga bulan November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata, sepanjang 50 tahun yang lalu, bank tersebut telah memainkan peranan penting dalam menyokong beberapa projek infrastruktur yang paling penting di Malaysia termasuk Menara Berkembar Petronas, ERL, Terowong SMART, dan lebuh raya SPRINT, ELITE, dan DASH. 

Menurut beliau, bank ini menilai setiap projek melalui rangka kerja penilaian impaknya, untuk memastikan elemen kelestarian dan inklusiviti diberi perhatian yang sewajarnya.

“Sepanjang perjalanan ini, BPMB sentiasa didokong warga BPMB yang nekad untuk melakukan yang terbaik untuk negara. 

“Setiap warga di BPMB hari ini juga membawa amanah yang sama, untuk melakukan perkara yang terbaik bagi masa depan negara kita. BPMB akan terus memastikan pembangunan negara dijalankan secara seimbang, dengan menekankan pendekatan yang mampan dan inklusif,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

BPMB ditubuhkan pada 28 November 1973 dengan matlamat asal untuk membangunkan, meningkatkan, dan mempercepatkan penyertaan aktif bumiputera dalam sektor industri. 

Sejak itu, BPMB telah berkembang mengikut keperluan negara yang membangun, melayani semua rakyat Malaysia dan memberi keutamaan kepada sektor-sektor pertumbuhan ekonomi utamaselaras dengan Pelan Malaysia yang berterusan.

Sambutan Jubli Emas BPMB sepanjang setahun ini akan merangkumi pelbagai aktiviti, diikuti dengan satu persidangan pada akhir tahun ini untuk membantu menentukan halatuju bank untuk 50 tahun akan datang dan seterusnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN