fbpx

Luahan: Rakyat mengharapkan pemulihan ekonomi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENAIKAN Kadar Dasar Semalaman buat kali kelima pada bulan lalu turut menyebabkan bayaran pinjaman bank meningkat. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin melontarkan pandangan tentang pelbagai masalah dalam negara yang sehingga kini tidak menampakkan tanda-tanda pemulihan.

Rakyat mengharapkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, ada sedikit tanda pemulihan dalam sektor tertentu, namun hingga kini masih tidak menampakkan perubahan. Sebagai contoh, kenaikan harga barang.

Petunjuk ekonomi negara tidak mencerminkan kehendak ekonomi positif sebenar seperti kenaikan harga barang yang sudah dianggap keterlaluan, kenaikan gaji pula akan dikaji, harga rumah tinggi, selain kos hidup semakin naik.

Pandangan saya, keadaan negara ini sekarang agak membimbangkan dan pemimpin negara perlu ada solusi kukuh untuk membawa negara ini keluar daripada kemelut ini.

Pemimpin tidak boleh lagi memberikan alasan ia disebabkan ketidaktentuan ekonomi dunia, khususnya langkah pengukuhan dollar Amerika Syarikat kerana negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Filipina dan Singapura boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Negara berkenaan boleh menarik ramai pelabur asing untuk mengukuhkan ekonomi, seterusnya memacu ekonomi domestik.

Sampai bila rakyat perlu menanggung kenaikan harga barang dan sampai bila anak muda lepasan universiti terus menjadi penganggur kerana kekurangan peluang pekerjaan.

ABDULLAH
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI