fbpx

Dewan Rakyat: RUU Kawalan Merokok dirujuk JKPK Kesihatan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitan lanjut.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mencadangkan perkara itu berdasarkan Peraturan 54 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa itu bagi membuat syor-syor selain meneliti dasar Generasi Penamat (GEG) serta peruntukan berkaitan.

Katanya, rang undang-undang itu adalah yang baharu selepas mengambil kira syor-syor perbincangan JKPK Kesihatan pada tahun 2022 dan pertambahan pindaan baharu terhadap dasar GEG.

“Berdasarkan sesi libat urus dengan JKPK Kesihatan pada 6 Jun lepas bersama Ahli Parlimen, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi lebih lanjut.

“Justeru, KKM mencadangkan ia dirujuk kepada JKPK Kesihatan untuk penelitian lanjut selain jawatankuasa ini yang berfungsi sebagi mekanisme semak dan imbang dengan ambil kira pandangan semua pihak,” katanya semasa membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, RUU itu dibentangkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada tahun lalu.

Undang-undang tersebut dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI