fbpx

Ariff Bahran ditegur riak tunjuk mewah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIFF ditegur agar tidak terlalu menayang kemewahan dimilikinya.

MENYANYI tak ke mana, tapi boleh hidup mewah. Siap mampu beli kereta mahal lagi sehingga membuatkan ramai netizen pelik.

Persoalan itu timbul selepas penyanyi Ariff Bahran buat ‘tayangan perdana’ dalam Instagramnya kereta jenis BMW yang baru dibelinya.

Amboi! Tak boleh tengok orang senang ke? Disebabkan perkara itu, Ariff telah dikecam hebat. Lebih parah lagi apabila netizen menasihatinya supaya tidak terlalu riak, takut-takut nanti nikmat ditarik Allah bila-bila masa sahaja.

“Jangan riak bang tunjuk kereta. Sekelip mata Allah boleh tarik kemewahan kau,” tegur netizen.

Selain itu, ada juga netizen seolah-olah mempersoalkan kerjaya Ariff sebagai penyanyi apabila dikatakan sendu, namun masih lagi mampu hidup mewah.

“Menyanyi dah tak laku,” kata seorang pengguna Instagram.

Tapi ramai juga yang percaya kemewahan yang dinikmati penyanyi itu adalah kerana usahanya bukan hanya dalam bidang seni semata-mata.

Tak mengapalah, rezeki masing-masing. Siapa rajin berusaha pasti akan dapat apa yang dimahukan. Diva nasihatkan janganlah dengki sesama manusia.

DIVA: Netizen nasihat pada Che Ta supaya jaga bahasa dan guna perkataan sopan dalam media sosial. Jangan suka mencarut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI