fbpx

Annuar Musa jumpa pengurusan Kelantan United FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar bertemu dengan pengurusan Kelantan United FC, hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kelantan United FC, petang tadi.

Menurut Annuar, turut bersama dalam pertemuan untuk memikirkan usaha memulihkan kegemilangan bola sepak Kelantan tersebut adalah pengurus dan jurulatih pasukan berkenaan.

“Alhamdulillah petang tadi sempat bertemu dan sembang santai bersama pengurusan Kelantan United FC, pengurus dan jurulatih pasukan. Terima kasih kerana mendapat sedikit maklumat awal pasukan.

“Sama-sama kita fikirkan bagaimana kegemilangan bola sepak Kelantan boleh kita pulihkan. Insya-Allah. Kena yakin Klate gerenti boleh! Kemah Keming Set Kito,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI