fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Nak buat petisyen, 21 hari lepas keputusan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani (tengah) ketika meninjau pusat pengundian awal di Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

HULU SELANGOR – Sebarang petisyen yang ingin dibuat, perlu dilakukan selepas 21 hari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, bagaimanapun keputusan mengadakan petisyen adalah terpulang kepada kepimpinan dan parti masing-masing namun perlu mengikut

“Kalau nak buat (petisyen), terpulang kepada kepimpinan parti masing-masing. Kita di SPR biasanya kita hanya menunggu kalau ada (petisyen) dan kita akan teruskan ke peringkat mahkamah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah meninjau pusat pengundian awal di Maktam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH menang pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei ini.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut susulan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata sehingga kini pihaknya belum memanggil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk memperjelaskan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjelang PRK Kuala Kubu Baharu yang didakwa menyalahi undang-undang.

Katanya, dia akan menyerahkan apa-apa keputusan tersebut kepada kepimpinan seterusnya memandangkan beliau akan bersara pada usia 66 tahun pada 9 Mei ini.

“Kita belum panggil lagi (Nga Kor Ming). Yang ini kita serahkan kepada kepimpinan akan datang untuk buat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, peratusan keluar mengundi awal yang berlangsung di Maktab PDRM dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu telah mencapai 73 peratus setakat pukul 11 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI