fbpx

Batu penyu uzur tidak terurus, dipenuhi lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD KHUSAIRI (dua dari kanan) menunjukkan keadaan Batu Penyu di Dungun yang semakin terhakis dan tidak terjaga.

DUNGUN – Pelancong yang berkunjung ke Batu Penyu di Bukit Che Hawa, Rantau Abang, di sini kecewa apabila tarikan pelancongan itu kini dalam kea­daan tidak terurus dan uzur.

Batu Penyu merupakan batuan semula jadi berbentuk seakan-akan seekor penyu belimbing yang sinonim dengan pendaratan penyu bertelur di Rantau Abang dan Terengganu.

Seorang pelancong, Azizul Hafiz, 34, berkata, dia yang bercuti ke Terengganu membawa ahli keluarga melawat batu tersebut.

Sebaik tiba, dia yang menetap di Yan, Kedah terkejut melihat kawasan itu dipenuhi lalang malah struktur bumbungnya rosak teruk.

“Keterujaan kami untuk bergambar dengan batuan besar menyerupai penyu itu terbantut. Kecewa ia tidak terjaga sedangkan kami anggap ia ‘ikon’ Rantau Abang dan Dungun,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang penduduk tempatan, Ahmad Khusairi Ibrahim, 42, mengakui Batu Penyu yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung semakin suram sejak akhir-akhir ini.

“Lebih membimbangkan, batuan semula jadi itu dilihat semakin terhakis ekoran fenomena luluhawa,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI