fbpx

Umum segera pembahagian kerusi – Isham Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Jalil.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil meminta jumlah pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dimaklumkan secepat mungkin untuk membuat persediaan awal.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui berapa banyak kerusi diberi untuk setiap parti tetapi hanya mendengar khabar angin daripada akar umbi.

“Kita nak tahu awal untuk buat persediaan kerana jika pembubaran berlaku dalam tempoh terdekat, kita tidak ada masa. Saya nak bantu UMNO menang kerana UMNO tidak boleh terkubur.

“PN pula menetapkan sasaran akan bertanding di setiap kawasan calon UMNO bertanding kerana ingin lihat kekalahan. Jika kita kalah lagi, bermakna berapa kali sudah kita kalah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bertegas dengan pendiriannya untuk terus membantu kemenangan UMNO berbanding memberi sokongan kepada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan iaitu DAP.

Beliau berkata, DAP disifatkan mampu menjaga diri sendiri kerana mereka mempunyai pengundi yang ramai dan tidak perlu risau mengenai parti berkenaan.

“Kawasan DAP tetap akan menang tanpa sokongan undi daripada UMNO. Jadi sebab itu saya akan fokus dan bantu kawasan calon UMNO bertanding kerana kita tidak mahu kalah dengan calon Perikatan Nasional (PN).

“Sesiapa yang nak marah dengan kenyataan saya, marahlah. Saya sangat konsisten dengan pendirian saya berkenaan DAP sejak dulu hingga sekarang.

“Saya tak macam Tan Sri Annuar Musa, dulu kata tak mustahil untuk kita bekerjasama dengan DAP, tetapi sekarang ini dia hentam kita pula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI