fbpx

Sheikh Jassim buat bidaan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES mencari pemilik baharu United masih belum berakhir apabila persaingan terhadap bidaan masih berterusan. – AFP

MANCHESTER – Hartawan Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani memberikan tempoh 24 jam untuk menerima jawapan daripada Manchester United selepas membuat tawaran terakhir membeli kelab itu.

Kali ini, pengerusi salah sebuah bank terbesar di Timur Tengah dan merupakan sebahagian daripada ahli keluarga diraja Qatar itu membuat bidaan kelima tersebut terus kepada pemilik United, keluarga Glazer dan Kumpulan Raine.

Difahamkan, anak bekas Perdana Menteri Qatar itu tidak akan mengemukakan bidaan seterusnya sekiranya pihaknya tidak mendapat sebarang jawapan hari ini.

Tawaran terakhir dikemukakan minggu lalu dan beliau kekal dengan pendiriannya untuk mempunyai kawalan penuh kelab termasuk sejumlah besar untuk pelaburan terhadap infrastruktur dengan pengambilan staf serta pemain baharu.

Buat masa ini, jutawan Great Britain, Sir Jim Ratcliffe kekal sebagai pesaing utama Sheikh Jassim untuk membeli gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Difahamkan, keluarga Glazer tidak melayan tawaran-tawaran sebelum ini kerana merasakan bidaan tersebut jauh daripada nilai sebenar United yang ditetapkan mereka iaitu £6 bilion (RM34.45 bilion).

Kini, para penyokong tegar United mendesak keluarga Gla­zer menerima tawaran akhir tersebut kerana urusan tersebut dilihat mampu menjejaskan perancangan Erik Ten Hag dalam jendela perpindahan pemain ketika ini.

Ten Hag kini dalam proses menguatkan pasukannya agar mampu merampas kejuaraan EPL daripada Manchester City musim depan selepas dikecewakan musuh setempat itu dengan kekalahan 1-2 pada final Piala FA hujung minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI