fbpx

Mahkamah: Tuduhan digabung, bekas Menteri Besar Perlis dibicara di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan Man ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini. Foto SHIDIQQIN ZON

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menghadapi lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu mencecah lebih RM1.18 juta dan lima pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM1.06 akan didengar secara bersama di Mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan lisan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong agar 10 pertuduhan itu dibicara bersama mengikut Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan permohonan itu tidak dibantah oleh pihak pembelaan.

Azlan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu sementara lima pertuduhan AMLA di ibu negara.

Pada prosiding hari ini, Zander memohon lima pertuduhan di Kangar dipindahkan ke sini dan digabung dengan lima pertuduhan di bawah AMLA untuk dibicarakan secara bersama.

Beliau turut memaklumkan, pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 51A CPC kepada pihak pembelaan untuk digunakan pada perbicaraan kelak.

Zander turut memohon tarikh sebutan kerana difahamkan pihak pembelaan akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Sementara itu, peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan mengesahkan sudah menerima dokumen di bawah Seksyen 51A selain memohon masa untuk meneliti dokumen tersebut sebelum menyediakan representasi.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan kes.

Pada 12 April lalu, Azlan didakwa di sini atas lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta, sembilan tahun lalu.

Pada 10 April lalu, tertuduh didakwa di Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis.

Di Kuala Lumpur, Azlan didakwa menerima wang di antara RM196,651 dan RM224,404.40 melalui empat keping cek dan secara tunai di beberapa buah bank di sini dan di Putrajaya serta di sebuah hotel di antara 2014 dan 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI