fbpx

Akmal cadang buka lima cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 2,000 tetamu hadir pada majlis Haflah Takrimiyah Graduasi Akmal 4.0 di Kuala Terengganu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Akademi Al Quran Amalillah (Akmal) bercadang untuk membuka lima lagi cawangan baharu tidak lama lagi ekoran penambahan permintaan ibu bapa dan waris yang mahu menghantar anak masing-masing mendapatkan pengajian akademi berasaskan Al-Quran dan syahadah.

Buat masa ini, Akmal yang berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak lima tahun lalu memiliki lima cawangan sedia adanya.

Cawangan yang sudah beroperasi selain di ibu pejabat terletak di Bukit Beruntung, Sepang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat, Johor.

Pengerusinya Akmal, Hussin Ismail berkata, pihaknya yakin akan dapat merealisasikan cadangan untuk menambah cawangan pusat pengajian tersebut memandangkan permintaan daripada kumpulan sasarannya terus meningkat ekoran konsep Akmal sebagai tahfiz ‘fast track’ dalam tempoh kurang setahun.

“Lima cawangan baharu yang akan dibuka adalah di Seremban, Negeri Sembilan; Sungai Petani, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; Kuantan, Pahang dan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Haflah Takrimiyah Graduasi Akmal 4.0 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Seramai 140 pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripada mereka bergelar Syahadah. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI