fbpx

SPM 2022: 1,129 calon dapat 10A di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR (kiri) menunjukkan laporan keputusan penuh SPM 2022 sempena Pengumuman Keputusan SPM 2022 di Pejabat Pendidikan Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 1,129 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada SPM tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Anuar Sukiran berkata, daripada jumlah itu, seramai 20 calon mendapat semua A+ bagi mata pelajaran yang diduduki.

Beliau berkata, bilangan calon mendapat kepujian sekurang-kurangnya 1C adalah seramai 6,064 calon manakala calon sekurang-kurangnya 1G pula adalah 11,976 calon.

“Indeks Gred Purata Nasional (GPN) Negeri Johor pada tahun lalu ialah 4.59 mata, meningkat 0.16 berbanding 4.75 pada 2021. Ia sekali gus mengatasi pencapaian GPN Nasional iaitu 4.74.

“Berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM mulai 2018 hingga 2021, pencapaian ini adalah pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun dan GPN negeri telah mengatasi GPN Nasional selama sembilan tahun berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman keputusan SPM 2022 di Dewan Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) di sini hari ini.

Anuar berkata, daripada seramai 42,795 orang calon berdaftar, seramai 41,389 calon hadir menduduki peperiksaan SPM 2022 yang diadakan pada Januari hingga Mac lalu.

Beliau berkata, terdapat 51 sekolah di negeri ini mencapai kelulusan 100 peratus layak mendapat sijil yang meliputi sekolah bandar dan luar bandar selain enam Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Daripada jumlah itu, seramai 37,888 calon layak mendapat sijil bersamaan dengan 87.5 peratus.

“Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru muncul sekolah terbaik di Johor dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.36 mata, diikuti Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Pontian (1.4 mata) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (1.53 mata),” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI