fbpx

Dewan Rakyat: Usul LCS ditolak kerana bukan keperluan mendesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq menunjukkan surat balas yang diterima berhubung usul LCS.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membahaskan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), yang dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berdasarkan surat balas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, usul berkenaan ditolak disebabkan ia tidak menyatakan mengapa isu LCS dianggap sebagai perkara yang perlu disegerakan.

“Pada 2 Jun 2023, saya telah memutuskan surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan usul tergempar untuk membahaskan isu LCS ini secara mendalam.

“Saya baru dapat jawapan bahawa usul ini ditolak adalah kerana ia bukan kepentingan orang ramai dan juga bukanlah keperluan yang mendesak. Ia tertera di surat ini,” katanya yang membacakan surat balas di Dewan Rakyat, hari ini.

Syed Saddiq berkata, sekiranya isu berkenaan tidak boleh dibahas, beliau meminta agar ia dipertimbangkan untuk dibawa ke Kamar Khas.

“Ini supaya kita boleh mendengar penjelasan secara spesifik. Dahulu kita dengar, kosnya adalah RM6 bilion, kemudian RM9 bilion dan minggu lepas kita dengar tambah lagi RM2.2 bilion.

“Jelas isu LCS adalah keperluan yang mendesak membabitkan duit rakyat berbilion ringgit termasuk kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor meminta Syed Saddiq untuk membuat rayuan mengikut peraturan mesyuarat yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI