fbpx

Sumbangan Novartis dihargai, terima gelaran Penaja Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Elwakil (dua dari kiri) menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Novartis Malaysia (Novartis) telah diberi  gelaran Penaja Terbaik pada
majlis penyampaian Anugerah Penyelidikan Tajaan Clinical Research Malaysia (CRM) tahunan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penganugerahan itu adalah untuk menghargai sumbangan cemerlangnya kepada ekosistem penyelidikan klinikal Malaysia khususnya sumbangan syarikat kepada pelaksanaan jumlah kajian tertinggi pada 2022.

Presiden Novartis, Mohamed Elwakil berkata, ini merupakan tahun keempat berturut-turut syarikat ini mendahului sebagai penaja utama bagi kajian baharu.

Presiden Novartis, Mohamed Elwakil berkata, pengiktirafan ini akan mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk mentafsirkan semula perubatan demi menambah baik dan melanjutkan hayat insan.

“Novartis  telah memainkan peranan penting selama ini untuk menyokong usaha
mengukuhkan khidmat penjagaan kesihtan negara, khususnya dalam bidang penyelidikan dan ujian klinikal.

“Kami sukacita untuk turut terlibat dalam inisiatif kerajaan untuk menambah baik keupayaan
tempatan, meningkatkan kualiti ujian klinikal dan meluaskan capaian kepada rawatan serba maju di negara ini.”

“Sesungguhnya kami akan terus meningkatkan penglibatan kami dengan kerajaan dan menyokong usaha untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan menerusi penyelidikan klinikal dan penggunaan pintar inovasi teknologi dan digital yang mengguna pakai Bukti Dunia Sebenar (RWE) untuk merintis usaha mencari penyelesaian yang menambah baik rawatan pesakit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pada 2022, Novartis telah melabur dalam 24 ujian klinikal (CT) baharu dalam bidang kardio-
metabolik, kanser payu dara, atrofi otot-spina, leukemia, sklerosis berbilang dan oftamologi.

Kira-kira 209 pesakit tempatan terlibat dalam kajian-kajian tersebut.

Pada tahun yang sama, syarikat telah melabur kira-kira RM53.56 juta dalam 79 kajian
berterusan,yang merangkumi lebih 25 peratus daripada nilai keseluruhan kajian di Malaysia.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr. Akhmal Yusof menjelaskan, pihaknya mengiktiraf sumbangan Novartis sebagai Penaja Utama bagi tahun 2022 menerusi jumlah dan
nilai kontrak ujian klinikal yang tinggi yang telah dibawa masuk oleh organisasi tersebut ke dalam negara.”

“Pelbagai ujian klinikal terapeutik yang dilaksanakan oleh Novartis menangani keperluan perubatan pesakit kami yang belum dipenuhi lagi, dengan memberikan capaian awal kepada rawatan inovatif sambil meningkatkan keputusan kesihatan pesakit dalam ujian klinikal,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI