fbpx

302 aduan salah laku penguat kuasa direkodkan setakat 31 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sidek ketika berucap melancarkan Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) dan Pelan Strategik 2023 Hingga 2027 di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 302 aduan salah laku membabitkan agensi keselamatan dan penguatkuasaan setakat 31 Mei lalu.

EAIC menerusi kenyataan akhbar berkata, kes tertinggi direkodkan di Selangor dengan 64 aduan diikuti Kuala Lumpur (34), Perak (20), Johor (19), Pulau Pinang (15) dan Kedah (14).

Menurutnya, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing mencatatkan sembilan aduan disusuli Pahang (8), Putrajaya (7), Terengganu (6), Kelantan (6), Perlis (3), Sarawak (3), Melaka (3) dan Labuan (1).

“Selain aduan, sebanyak sembilan kertas siasatan dibuka terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masing-masing satu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 30 April lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi EAIC, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pihaknya telah membangunkan Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) bagi menguruskan aduan serta kendalian siasatan sepenuhnya secara dalam talian.

Beliau berkata, EAIC bagaimanapun akan terus menerima aduan daripada saluran lain antaranya e-Aduan, e-mel, surat rasmi dan surat layang atau hadir sendiri ke pejabat EAIC.

“Sistem SPAPS ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menyalurkan aduan dengan lebih pantas dan seterusnya dapat mengikuti perkembangan aduan mereka secara atas talian.

“Sistem ini membolehkan pegawai siasatan EAIC untuk menguruskan aduan diterima serta mengendalikan siasatan dengan lebih efektif kerana dokumen berkaitan diperlukan boleh diakses dengan lebih mudah di mana sahaja tanpa bergantung kepada fail fizikal,” katanya ketika berucap melancarkan SPAPS di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI