fbpx

[VIDEO] Tak panggil ‘abang’, ‘baby’ punca amuk di kedai nasi dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian lelaki mengamuk di sebuah kedai nasi dagang.

SUBANG JAYA – Gara-gara tidak dipanggil dengan gelaran manja ‘abang’ atau ‘baby’ oleh pekerja restoran, seorang lelaki bertindak mengamuk membaling beberapa biji kerusi dan menendang meja di sebuah restoran sekitar Putra Height, di sini, Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki yang bertindak agresif itu turut menjerit serta membaling bungkusan dan minuman panas sehingga terkena pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun, namun didapati tiada kecederaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengusaha restoran terbabit setelah video kejadian itu tular di media sosial, hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian pada pukul 9 pagi itu berpunca daripada salah faham diantara pekerja mangsa dan suspek.

“Pekerja lelaki itu telah memanggil suspek dengan panggilan ‘pak cik’, tetapi suspek meminta pekerja itu memanggil dirinya dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

“Setelah pekerja mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan oleh suspek, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda kedai tersebut.

“Suspek bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, suspek juga telah membaling beberapa biji kerusi di dalam premis berkenaan dan juga menendang meja beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan dan gangguan kepada pelanggan lain yang berada di dalam restoran.

Tambah beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek melalui no telefon 03-78627100 Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh A/L Ganasan di talian 011-33094457. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@darlisnasidagangganu #fyp#viral ♬ original sound – Darlis Nasi Dagang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI