fbpx

Real panik sedia ‘pecah tabung’ beli bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL Madrid akur kehilangan Benzema dan perlu pengganti baharu yang setara dengan Kane sebagai sasaran malah bersedia untuk membayar £100 juta kepada Spurs. - AFP

MADRID – Real Madrid tiada pi­lihan selain memecahkan tabung untuk mendapatkan penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane dan bintang Chelsea, Kai Havertz sebagai pengganti kepada Karim Benzema.

Selepas 14 tahun bersama Los Blancos, Benzema, 35, akhirnya bakal meninggalkan kelab itu hujung bulan ini apabila bersetuju dengan kontrak dua tahun beserta bayaran tahunan sebanyak £345 juta (RM1.9 bilion).

Presiden Real, Florentino Perez kini terdesak untuk mencari pengganti sehebat Benzema dan didakwa bersedia melabur sebanyak £100 juta (RM568.98 juta) kepada Spurs supaya melepaskan Kane.

Beliau juga dalam proses rundingan dengan pihak Havertz selepas Chelsea bersedia mendengar segala tawaran buat penyerang itu yang dikatakan gagal mencapai harga £72 juta (RM409.67 juta) dibeli sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Havertz, 23, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Stamford Bridge dan The Blues pastinya bermain ‘tarik tali’ berhubung yuran perpindahan bintang Jerman tersebut.

Difahamkan, Perez tiada masalah terhadap sebarang harga kerana mahu memastikan Real kembali menguasai saingan domestik Sepanyol dan Eropah selepas terlepas gelaran La Liga kepada seteru tradisi, Barcelona musim ini.

Disebabkan itu, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Real kembali mencabar musim depan dengan kehadiran Kane, Havertz dan pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Bellingham, 19, ketika ini hampir pasti menjadi pembelian baharu Real selepas bintang muda England itu dilaporkan sedang mencari rumah di Madrid dan telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI