fbpx

Postecoglou dilantik pengurus baharu Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU meninggalkan Celtic untuk menerima jawatan sebagai pengurus pasukan Tottenham Hotspur. - AFP

LONDON – Tottenham Hotspur telah melantik Ange Postecoglou sebagai pengurus baharu kelab dengan kontrak empat tahun.
Menariknya, Postecoglou ialah warga Australia pertama yang berjaya mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Postecoglou, 57, meninggalkan Celtic selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland berturut-turut dalam tempoh dua musim beliau mengendalikan kelab berkenaan.

Beliau juga merupakan pengurus tetap keempat yang dilantik Spurs sejak Mauricio Pochettino membawa skuad The Lilywhites ke aksi final Liga Juara-Juara 2018-2019, diikuti Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo dan Antonio Conte.

“Kami teruja untuk memiliki Postecoglou menyertai Spurs. Postecoglou membawa mentaliti yang positif dan gaya permainan pantas serta menyerang. Dia mempunyai rekod prestasi kukuh dalam membangunkan pemain dan pemahaman tentang kepentingan hubungan dengan akademi,” tambahnya.

Terdahulu, Spurs telah mencari pengurus baharu sejak pemergian Conte pada Mac lepas, dengan Cristian Stellini dan Ryan Mason telah mengambil alih tugas sementara sehingga akhir musim.

Postecoglou tiba di Tottenham selepas memenangi trebel domestik di Scotland, di mana beliau telah merangkul lima daripada enam trofi yang dipertandingkan buat Celtic sepanjang dua musim bersama kelab tersebut. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI