fbpx

Polis Pahang beri kerjasama kepada SPRM lakukan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Polis Pahang akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis di negeri ini yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, polis memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya.

“Polis Pahang mengesahkan ada tangkapan seperti laporan yang sedang tular dan pihak polis memberikan ruang kepada SPRM untuk jalankan siasatan,”katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang Ketua Polis Daerah berusia 53 tahun ditahan pihak SPRM kerana disyaki terlibat dengan rasuah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sejak 2017 sehingga tahun lalu.

SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai kanan polis itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI