fbpx
SKUAD hoki remaja negara pernah melangkah ke peringkat suku akhir sewaktu edisi 2021 di Bhubaneswar, India. - MHC

MHC janji penganjuran berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak menang tangan memastikan penganjuran Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 5 hingga 16 Disember depan berjalan lancar dan mencapai standard antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, pihaknya sedang giat melakukan persiapan termasuklah mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Lausanne, Switzerland.

“Dengan cara kendali dan gerak kerja hari ini boleh katakan kami akan berikan yang terbaik kepada semua pasukan. Sekurang-kurangnya sesuatu yang akan diingati mereka semua dan berharap cuaca pun tak panas.

“Saya boleh katakan persiapan sekitar 68 peratus sebab kami masih lagi perlu memutuskan beberapa perkara seperti tempat tinggal dan pengangkutan. Semua ini perlu diputuskan dengan FIH.

“Perkiraan kami untuk persiapan kejohanan ini adalah lima bulan lagi walaupun sebenarnya masih berbaki enam bulan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman Liga Hoki Remaja Malaysia (MHC) 2023 di Stadium Hoki Nasional hari ini.

ANIL pada sidang akhbar pengumuman MJHL 2023 yang akan berlangsung dari 3 hingga 19 Ogos ini di Stadium Hoki Nasional hari ini. – MHC

Sebanyak 16 pasukan termasuk Malaysia akan mengambil bahagian seperti Belanda, Jerman, Belgium, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Mesir, Argentina, Kanada, Chile, India, Pakistan dan Korea Selatan.

Menurut Anil, MHC telah memutuskan penganjuran Piala Tun Abdul Razak 2023 akan diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada Oktober depan bagi memastikan padang di Stadium Hoki Nasional berada dalam kualiti terbaik.

Disebabkan itu, penganjuran MJHL 2023 yang akan berlangsung dari 3 hingga 19 Ogos nanti adalah kejohanan terakhir diadakan di Stadium Hoki Nasional.

Bagi edisi kali ini, 45 pasukan lelaki dan wanita sah mengambil bahagian dengan lima venue digunakan termasuk Stadium Hoki Nasional, Stadium Hoki Pantai (Kuala Lumpur), Stadium Hoki KPM (Kuala Lumpur), Stadium Hoki Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN