fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan cadang tambah kamera Awas di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menambah kamera Automated Awareness Safety System (Awas) berikutan keberkesanannya dalam memastikan pematuhan peraturan had laju dan isyarat lalu lintas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya di lokasi pemasangan kamera itu mencecah 99 peratus.

“Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi akan ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Sekali gus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan Awas,” katanya semasa sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) mengenai status terkini kamera Awas dan jumlah yang masih beroperasi dan keberkesanannya.

Awas dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System atau AES dan pernah menerima kritikan terutama dalam kalangan pemimpin pembangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI