fbpx

Suspek Geng Rantau Dawai maut jatuh tebing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan kegiatan jenayah pecah rumah dan samun kediaman elit membabitkan Geng Rantau Dawai selepas menemui mayat seorang lelaki terjatuh dari tebing batu di bukit berhampiran kawasan Taman Jeselton di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berkenaan dipercayai merupakan salah seorang ahli kumpulan terbabit yang sebelum itu cuba melarikan diri bersama dua lagi lelaki ketika polis menjalankan Op Rantau Dawai kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama pasukan Gerakan Am telah menjalankan satu operasi di kawasan Jeselton, Sabtu lalu.

Kok Chin.

“Dalam operasi tersebut, semasa sedang melakukan rondaan di dalam hutan berhampiran, pasukan pemerhati telah terserempak dengan tiga suspek lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan dan pasukan terbabit kemudian telah meminta kerjasama daripada suspek untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan, namun mereka terus melarikan diri ke arah yang tidak diketahui kerana keadaan gelap,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Menurutnya, pasukannya telah membuat pencarian di sekitar kawasan tersebut namun tidak menjumpai apa-apa.

“Kira-kira pukul 4.45 pagi hari yang sama, pihak polis telah menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan tidak bergerak di lereng bukit berhampiran,” katanya.

Beritahu beliau, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebuah bag galas yang berada di sebelah mayat yang mengandungi beberapa keratan dawai berwarna hijau, beberapa peralatan seperti alat pemotong, pemutar skru dan sarung tangan yang disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah.

“Turut dijumpai sebilah pisau pemotong daging, namun pihak polis tidak menjumpai sebarang dokumen diri. Bantuan daripada pasukan forensik dan Unit K9 juga gagal menemukan sebarang petunjuk dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ‘traumatic head injury due to fall from height’ dan cap jari serta DNA (sampel asid deoksiribonukleik) lelaki berkenaan diambil bagi tujuan mengesan identiti.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan polis ingin menasihati orang awam agar sentiasa peka dengan keadaan persekitaran serta mengambil langkah keselamatan bagi mencegah daripada menjadi mangsa pecah rumah dan samun,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI