fbpx

Operasi kesan mangsa lemas Pantai Bagan Lalang disambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang di Pantai Bagan Lalang akan disambung esok.

SEPANG – Misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 30 an yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang, di sini, bersambung esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, selepas lima jam carian sejak pukul 3 petang tadi, mangsa gagal ditemui dan operasi akan disambung esok disebabkan cuaca gelap serta keadaan tidak mengizinkan.

“Sebelum ini, dua kanak-kanak disahkan lemas dan mayat mereka ditemui orang awam dan nelayan sekitar 2.30 hingga 3 petang tadi.

“Dua kanak-kanak berkenaan adalah adik-beradik manakala lelaki yang masih hilang itu pula tidak mempunyai kaitan hubungan persaudaraan dengan kedua-dua mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa lemas yang berusia tujuh dan sembilan tahun itu di bawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi kenyataannya berkata, insiden lemas dilaporkan berlaku di Sungai Sepang Kechil.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.57 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI