fbpx

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua nelayan yang diselamatkan dalam operasi itu.

KUALA LANGAT – Dua beranak yang juga nelayan menempuh detik getir apabila berpaut pada penutup tong ikan lebih 11 jam selepas bot mereka karam di sekitar perairan Kuala Langat di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Asmadi Saiman, 60, dan anaknya, Mohd. Aslan Asmadi, 34, itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada Sistem Pengurusan Pengesanan Kapal (VTMS) di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengenai dua nelayan hanyut yang telah diselamatkan sebuah bot tunda.

“Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

“Mereka yang memakai jaket keselamatan kemudian ditemukan bot tunda dan berpaut pada penutup tong ikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Siva Kumar, dua nelayan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Jeti Kelanang serta diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi pemeriksaan kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI