fbpx
Keratan Kosmo! 1 Jun 2023,

Trend barcode: Mungkin ramai terlibat, tapi tak lapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) tidak menolak kemungkinan ramai pelajar terjebak dengan trend ‘barcode’ atau perbuatan menoreh lengan bagi menghilangkan tekanan.

Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, setakat ini, aduan yang diterima pihaknya adalah kurang daripada 10 kes setahun.

“Mungkin ramai terlibat, tetapi PIBGN tidak banyak menerima laporan berkaitan isu ‘barcode’ ini, yang ada lima hingga tujuh kes setahun.

“Saya percaya pelajar bijak menyembunyikan tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad Ali memberitahu, punca pelajar yang berani mencederakan diri sendiri dan terikut trend itu adalah di­sebabkan pengaruh rakan-rakan selain pendedahan secara terbuka di media sosial.

“Ini merupakan trend terkini dan perlu tindakan bersama. Kita tidak patut biarkan trend ini berterusan lebih-lebih lagi pelajar kerana perjalanan hidup mereka masih jauh.

“Generasi muda ini pemikiran mereka mudah dipengaruhi. Bila ada kenalan rapat ajak mereka mudah terikut dan keinginan mencuba itu tinggi, walaupun sakit,” jelasnya.

“Saranan saya ibu bapa periksa keadaan anak di rumah, guru pula periksa pelajar di kelas, pastikan mereka baik. Kenal pasti pelajar terlibat dan dari mana datangnya pengaruh tersebut,” katanya.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan menoreh lengan menggunakan objek tajam menjadi trend baharu bagi pelajar kononnya sebagai terapi menghilangkan depresi.

Hasil temu bual dengan mang­sa mendapati, kebanyakan mereka yang sanggup menoreh lengan sehingga berdarah dan berparut sedang mengalami tekanan hidup termasuk menjadi mangsa seksual sepupu sendiri dan masalah keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN