fbpx

Sempadan P. Pinang termaktub dalam perlembagaan – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tengah) ketika Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani di Midtown Perda, Kubang Menerong hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Sempadan negeri Pulau Pinang jelas termaktub dalam perlembagaan, maka tidak ada bagi saya syak wasangka atau was-was mengenai perkara tersebut”.

Demikian kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaannya mengenai sempadan Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa kalau kita teliti dalam perlembagaan dan memang jelas disebut (bahawa) negeri Pulau Pinang…maka tidak ada bagi saya syak wasangka atau tiada rasa was-waa tentang perkara tersebut.

“Selagi mana ia termaktub dalam perlembagaan, semua pihak wajib akur dengan kedudukan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang dekat Midtown PERDA, Kubang Menerong, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas isu tersebut maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyebaran maklumat palsu dari tersebar dalam kalangan rakyat.

“Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat dan saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan serta mengambil apa-apa tindakan yang dirasakan perlu,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi majlis tersebut, sebanyak 1,878 Komuniti MADANI telah dilancarkan di seluruh negara, membabitkan penubuhan sebanyak 120 Komuniti MADANI di Pulau Pinang. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI