fbpx

Menteri tegur isu pelajar toreh tangan elak stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-kanak anjuran YADIM 2023 di PWTC. - Saddam Yusoff/KOSMO!

PETALING JAYA – Trend menoreh tangan bagi mengelakkan stres dalam kalangan pelajar terutamanya yang beragama Islam turut mendapat teguran dari Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Mohd. Na’im turut berkongsikan beberapa potong hadis yang membawa maksud jangan sesekali mencampakkan diri ke arah kebinasaan.

Jelas Mohd Na’im, apa sahaja perkara yang dapat memudaratkan badan sendiri bukannya satu ajaran yang diterapkan Islam terhadap penganutnya.

“Saya mengajak masyarakat di luar sana supaya jangan sesekali kita memudaratkan diri, kita perlu sayang diri sendiri.

“Ada cara untuk kita hilangkan stres. Islam dah mengajar kita untuk berzikir, solat, dan mengingati Allah. Dengan mengingati Allah itu akan tenang rasa hati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini.

Justeru itu, Mohd Na’im menyeru supaya golongan tersebut kembali kepada Al-Quran dan Sunnah supaya tidak terjerumus dalam perkara tidak bermoral seperti ini lagi.

Terdahulu Kosmo! telah melaporkan trend toreh tangan dalam kalangan pelajar semakin serius dari hari ke hari. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI