fbpx

Selamba guna air stesen minyak cuci kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular di media sosial wanita mencuci keretanya di stesen minyak.

PETALING JAYA – Sorang wanita dikecam apabila didakwa dengan selamba mencuci keretanya sendiri di sebuah stesen minyak dipercayai di tempat paip air berdekatan pam angin kenderaan.

Gambar wanita tersebut tular di media sosial bahkan bertambah kecaman apabila dia turut membawa sabun bagi mencuci kenderaan jenis Toyota Vios di situ.

Orang ramai mengkritik perbuatan tersebut kerana disifatkan ‘mentaliti kelas rendah’ apabila menggunakan air di stesen minyak tersebut untuk kepentingan peribadi.

“Dah macam dia pula ‘tauke’ stesen tu, suka hati saja,” komen pengguna media sosial.

“Ni jenis yang kalau ambil nasi campur, dia kambus lauk mahal bawah nasi lepas tu ‘kantoi’ dengan peniaga buat muka tak bersalah,” perli seorang lagi pengguna.

“Pakai kereta mahal, nak hantar ‘carwash’ pun tak mampu,” ujar seorang pemilik akaun media sosial.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan waktu kejadian dan lokasi yang tular tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI