fbpx

[VIDEO] Perkahwinan Raja Mahkota Jordan, Rajwa dihadiri keluarga diraja seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Hussein dan Rajwa dibawa berarak menuju Istana Al Husseiniya di Amman, Jordan.

PETALING JAYA – Putera Mahkota Jordan, Hussein bin Abdullah yang juga anak sulung Raja Abdullah II dan Ratu Rania melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Rajwa al-Seif di Amman, Jordan semalam.

Sambutan tersebut diadakan di Istana Zahran di Amman iaitu lokasi yang menjadi perkahwinan bonda serta ayahandanya kira-kira 30 tahun lalu.

Putera Hussein yang merupakan pewaris takhta Jordan melangsungkan perkahwinan dengan Rajwa selepas bertunang pada Ogos lalu.

Rajwa yang juga warga Arab Saudi kelihatan cantik mengenakan gaun warna putih.

Putera Hussein dan Rajwa pada majlis perkahwinan diraja di Amman, Jordan.

Wanita warga Arab Saudi itu mempunyai darah diraja kerana ibunya sebahagian daripada keluarga Al Sudairi iaitu keluarga pemerintah Arab Saudi dan Rajwa merupakan sepupu kedua Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.

Menerusi video-video dikongsikan pada akaun Instagram rasmi Royal Hashemite Court, pasangan pengantin baharu tersebut turut dibawa berarak menuju Istana Al Husseiniya dengan kedua-duanya melambai tangan kepada rakyat Jordan yang sedia menunggu di sekitar jalan raya menyambut kedua-dua mempelai.

Dalam pada itu, Ratu Rania menerusi Instagram mendoakan kedua-dua pasangan tersebut mengharungi alam rumah tangga.

“Semoga Tuhan memberkati kalian berdua dan memenuhi rumah kalian dengan cinta dan kebahagiaan,” ujarnya.

Terdahulu, perkahwinan diraja itu turut dihadiri jemputan raja-raja dari negara lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, turut kelihatan ialah pewaris takhta Britian, Putera William dan isterinya, Kate Middleton. – KOSMO! ONLINE

@t.hassanal King & Queen of Malaysia 🇲🇾 attend at the wedding Crown Prince of Jordan 🇯🇴 #ydpasultanabdullah #ydpagong #rajapermaisuriagong #tunkuazizah #crownprincejordan #princehussein #rajwaalhussein #jordanweddings ♬ Ini Parah X Sound Musrid – Donny Fernanda

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI