fbpx

Kalimah Allah: Pembangkang kemuka usul Akta Tafsiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

SABAK BERNAM – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan usul Akta Tafsiran bagi membincangkan hal berkaitan tafsiran kalimah Allah di negara ini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Usul Persendirian itu sudah dihantar dan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.

Jelas bekas Menteri Dalam Negeri itu, sesiapa sahaja sama ada umat Islam atau bukan Islam selepas ini boleh menggunakan kalimah Allah namun hanya satu tafsiran iaitu menerusi surah al-Ikhlas.

“Tuhan itu esa dan tidak boleh disamaratakan dengan yang lain. Tiada tuhan lain kecuali Allah.

“Seorang Ahli Parlimen kita (PN) telah menghantar usul persendirian dan kita akan bawa supaya kerajaan sedar ia salah satu cara selesaikan isu itu buat selamanya,” katanya pada majlis Dialog PN Parlimen Sungai Besar, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Markas Pas Simpang Lima di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai jangkaan usul itu dibawa, kata Hamzah, ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu menerima atau sebaliknya.

“Saya juga mahu tengok apa kerajaan cakap (berkaitan usul berkenaan) nanti,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu yang seterusnya mendapat pelbagai tentangan pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI