fbpx

Wanita jual darah ular campur madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darah ular yang dicampur dengan madu dijual pada harga 250,000 rupiah (RM77). – TikTok

JAKARTA –  Sebuah video yang  tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang penjual darah ular di kawasan gerai makan  di Jakarta, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Wanita bertudung itu dilihat memegang seekor ular yang sudah mati sambil memicit badan reptilia tersebut untuk mengeluarkan darahnya.

Peniaga itu juga dilihat melapah  ular untuk mengambil organ dalamannya yang didakwa berkhasiat kepada manusia.

Turut dipaparkan kedua-dua tangan wanita itu mempunyai kesan parut akibat dipatuk ular berbisa.

“Risiko dalam mencari nafkah selalu ada. Mak cik ini menjual darah ular untuk kita sihat, semoga dia juga sihat selalu,” demikian keterangan  video berkenaan.

Tidak dinyatakan lokasi tepat gerai tersebut namun, individu yang memuat naik video itu memberitahu,  darah ular yang dicampur madu dijual pada harga 250,000 rupiah (RM77).

“250,000 rupiah (harga darah ular) yang dicampur dengan hempedu dan digaul bersama madu. Amat murah,” kata keterangan video itu lagi.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Lebih baik cari nafkah dengan menjual barangan lain,” kata seorang pengguna media sosial.

“Semoga mak cik ini akan mendapat pekerjaan yang halal dan selamat,” komen netizen  lain . – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI