fbpx

PRN: Pas yakin menang besar walau hadapi masalah kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (kanan) berbual dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada Persidangan Antarabangsa Terengganu di TTI, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pas optimis mampu melakar kemenangan bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi walaupun menghadapi kekangan kewangan di tiga negeri pentadbirannya.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya gelombang hijau tidak pernah kendur malah bertambah kuat menjelang PRN tidak lama lagi.

Beliau berkata, prestasi pentadbiran kerajaan negeri diperintah Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah sangat menarik walaupun dalam keadaan banyak masalah.

“Terutamanya melibatkan masalah kewangan, perkara begini sudah pernah kita alami bertahun-tahun sebelum ini.

“Tidak mengapa, rakyat memahami permasalahan (kekangan kewangan) ini dan kita lihat gelombang kebangkitan itu berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu,” katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Abdul Hadi merasakan, gelombang sokongan terhadap Pas masih kuat sehingga hari ini khususnya dalam kalangan pengundi muda.

Sehubungan itu, beliau yakin selain dapat mengekalkan kemenangan di tiga negeri, perubahan sokongan lebih positif bakal diterima di negeri lain termasuk Selangor.

PRN bakal diadakan di enam negeri­ iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berikutan
pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
pada akhir bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI