fbpx

Peminat kongsi wajah terbaru vokalis Jinbara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terbaharu Yabang yang dikongsi di Facebook Rock Kapak Metal Brutal.

PETALING JAYA – Siapa yang tidak mengenali kumpulan muzik rock tanah air, Jinbara yang terkenal dengan dua lagu hitsnya ‘Kasihnya Laila’ dan ‘Cinta Pantai Merdeka’.

Lantunan suara vokalisnya Yabang atau nama sebenarnya Muhammad Qidam Abdullah ternyata membuatkan lagu-lagu mereka dikenali sehingga kini.

Terbaharu, melalui perkongsian laman Facebook Rock Kapak Metal Brutal, Yabang yang telah meninggalkan kumpulan rock tersebut kini telah mengikut berhijrah seperti penyanyi-penyanyi satu era dengannya.

“Ini dia bekas vokalis kumpulan Jinbara, walaupun beliau sudah tidak bersama dengan Jinbara lagi, namun aku mewakili rockers-rokers seMelaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan hikmat dia dengan Jinbara.

“Tanpa vokal dia mungkin aku tak kenal Jinbara, ya lah siapa tak kenal suara dia kan betul-betul padu.

“Apa pun biar lah dia dgn layar dia. Semoga Yabang berjaya di dunia dan akhirat,” jelas laman tersebut.

Tambah laman tersebut lagi, sebagai peminat muzik rock tanah air, teruskan memberi sokongan kepada penyanyi-penyanyi lama untuk sama-sama bertemu jalan kejayaan.

“Apa yg perlu kita buat terus kan menyokong semoga otai-otai kita temui jalan kejayaan. Last to rocking,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI