fbpx

Ismail Sabri kongsi gambar bersama ‘superstar’ Mr. Deva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Ismail Sabri di Facebook beliau, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berkongsi foto beliau bersama ‘superstar’ dari India Selatan, Mr. Deva.

Jelas Ismail Sabri, Mr. Deva atau nama sebenarnya Mr. Thenisai Thendral Deva merupakan seorang selebriti terkenal dan begitu popular di seluruh dunia.

“Hari ini saya bernasib baik kerana terserempak dengan Mr. Thenisai Thendral Deva atau Mr. Deva di KLIA iaitu seorang selebriti dari India Selatan yang sangat popular di seluruh dunia.

“Beliau merupakan komposer muzik filem dan penyanyi. Sehingga kini, beliau telah kompos lebih dari 400 lagu untuk filem-filem India Selatan,” tulis beliau.

Tambah Ismail Sabri, Mr. Deva berada di Malaysia untuk mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam 3 Jun nanti.

“Sempatlah saya berbual mesra dengan Mr. Deva, seorang yang ‘simple’ dan mesra,” kata beliau.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI