fbpx

[VIDEO] Fesyen pelik, Aina Abdul diancam boikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA Abdul sifatkan kecaman netizen terhadap busana yang dipakai semasa konsert minggu keempat Big Stage musim kelima baru-baru ini sebagai paling teruk setakat ini.

KUALA LUMPUR – Gara-gara berbusana seperti membawa tilam dan bantal, penyanyi Aina Abdul mendedahkan menerima ancaman peminat yang mahu memboikot kerjayanya sebagai artis.

Kata pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 29, itu, kutukan yang diterimanya disebabkan busana tersebut sangat melampau berbanding kecaman yang pernah ditelannya sebelum ini.

“Saya memang mengelak untuk baca komen tetapi kali ini ada sesetengah komen yang saya terbaca dan sangat melampau.

“Antaranya komen mengenai wajah (face shaming) dan ada juga mahu memboikot kerjaya saya,” katanya kepada Kosmo! Online selepas pelancaran lagu Kembara Nabawi, semalam.

Tambah pelantun lagu Terus Hidup itu, dia tidak pernah menyangka menerima komen negatif hanya disebabkan saiz baju tersebut yang dianggap terlalu besar sehingga menganggu pandangan penonton yang duduk di bahagian belakangnya di konsert Big Stage baru-baru ini.

Jelasnya, masih banyak lagi isu yang boleh dibahaskan netizen berbanding fesyen yang digayakannya tempoh hari.

“Semua itu hanya disebabkan baju saya pakai sedangkan ada banyak lagi isu di Malaysia yang boleh diketengahkan.

“Isu baju saya menghalang pandangan penonton di konsert Big Stage juga tak seharusnya menjadi isu besar pun.

“Jika anda ada di lokasi konsert, juri Big Stage duduk di atas platform dan kalau pakai baju ‘simple’ pun, penonton di belakang tidak akan nampak juga,” ujarnya.

Aina juga memberitahu sebaik-baiknya dia tidak mahu bersuara mengenai hal tersebut kerana bimbang dikatakan angkuh dan kekal mempertahankan fesyennya.

“Benda ini kadang-kadang saya nak cakap tetapi takut orang kata saya riak dan sombong. Jadi, saya memilih untuk diam.

“Cumanya, memang penonton di belakang saya memang terhalang walau saya pakai baju apa pun,” ujarnya lagi.

Dia bagaimanapun berpendapat kecaman terhadap fesyen yang digayakan adalah perkara normal yang sering dilaluinya sebelum ini.

“Saya pernah dikecam seperti ini dan sekarang bukan tak ambil kisah atau degil dengan komen netizen tetapi cuma ingin menyampaikan mesej melalui fesyen.

“Setiap baju saya ada mesej dan simbolik kepada sesuatu,” jelasnya.

Sejak Ahad lalu, nama Aina hangat menjadi bahan bualan netizen yang mengecamnya selepas dikatakan tidak sensitif terhadap persekitaran dan individu sekeliling kerana tampil kerap muncul dengan fesyen pelik.

Paling mendapat perhatian. ramai ialah ketika dia muncul dengan dengan fesyen ala tilam dan bantal di konsert minggu keempat Big Stage 2023 baru-baru ini.

Sebelum ini, antara fesyen pelik pernah dipakai Aina ialah baju seperti plastik sampah dan tudung gaya rahib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI