fbpx

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Vietnam yang berjaya ditahan pada kedudukan 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah lagi bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara pada kelmarin.

Bot yang mempunyai 20 nelayan itu berjaya ditahan pada kedudukan 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada pukul 1.20 tengah hari.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, bot nelayan terbabit telah ditemui dalam keadaan mencurigakan pada pukul 12.30 tengah hari.

“Bot tersebut cuba melarikan diri dengan memecut laju ke sempadan antarabangsa untuk kembali ke perairan Vietnam sebaik menyedari kehadiran kapal maritim APMM.

“Begitupun bot nelayan asing itu berjaya juga dipintas seterusnya ditahan setelah lebih sejam mengejarnya,” katanya di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, pemeriksaan mendapati kesemua 20 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 49 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambah beliau, mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

“Tekong bot itu turut gagal mengemukakan permit kebenaran untuk menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI