fbpx

Untung bersih EPMB naik lebih lapan kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EPMB menjangkakan pengeluaran di kilang baharunya di Tanjung Malim akan bermula pada separuh kedua tahun ini.

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) merekodkan lonjakan lebih lapan kali ganda dalam keuntungan bersih pada suku berakhir 31 Mac 2023 (1QFY2023), dipacu oleh peningkatan jualan alat ganti automotif apabila pengeluar kenderaan berterusan berusaha memenuhi tempahan tertunggak yang besar.

Pada 1QFY2023, EPMB melaporkan keuntungan bersih RM3.55 juta, meningkat 819.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y) berbanding RM386,000 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ini didorong oleh lonjakan pendapatan 55.1 peratus tahun ke tahun kepada RM152.12 juta, daripada RM98.10 juta pada 1QFY2022.

Ketua Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pihaknya berbangga berbangga melaporkan permulaan yang positif pada TK2023. 

Menurutnya, walaupun dijangkakan jumlah volum industri Malaysia (TIV) akan menurun daripada asas yang tinggi dalam sejarah pada 2022, Kumpulan optimis terhadap pelancaran model kereta baharu, termasuk kenderaan elektrik (EV), akan terus memacu pasaran khususnya untuk kereta penumpang.

“Memandang ke hadapan, kami menjangkakan pengeluaran di kilang baharu kami di Tanjung Malim, yang mengkhusus pengeluaran tempat duduk kereta akan bermula pada separuh kedua  tahun ini.

“EPMB menjangkakan berupaya mengeluarkan lebih daripada 300,000 set tempat duduk kereta dalam tempoh beberapa tahun, yang mana sepatutnya menjadi kunci pemacu pendapatan baharu untuk Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pada asas suku ke suku, hasil EPMB 1QFY2023 turun 18.5 peratus daripada RM186.73 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFY2022). 

Bagaimanapun, keuntungan bersih lebih tinggi, meningkat 54.3 peratus daripada RM2.30 juta pada 4QFY2022.

Penurunan hasil suku ke suku disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam jualan aset perkakas untuk projek baharu. Ini telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan komponen automotif, kerana pembuat kereta meningkatkan penghantaran kenderaan yang ditempah semasa tempoh pengecualian cukai jualan Malaysia. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI