fbpx
Gambar hiasan.

Projek lambat siap, buruh kasar tak tahan panas kerap MC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Ramai pekerja buruh terpaksa mengambil cuti sakit kerana tidak tahan bekerja di bawah cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius ketika ini.

Pekerjaan seperti kontraktor jalan, tukang rumah, penyelenggaraan jalan antara yang paling terkesan dengan fenomena cuaca panas melampau itu.

Pengurus sebuah syarikat kontraktor, Ahmad Shafie Md. Nor berkata, tempoh masa bekerja bagi mereka yang melakukan kerja-kerja menurap dan menampal jalan terpaksa disingkatkan daripada enam hari kepada hanya empat hari seminggu.

“Cuaca panas kali ini memang memberi kesan kepada kami, ada kerja yang sepatutnya boleh disiapkan dalam sehari, kini terpaksa ditangguhkan menjadi dua hari.

“Sebelum ini mereka mampu bertahan bekerja enam hari berturut-turut di bawah panas terik, tetapi sekarang ada yang sanggup minta cuti sakit kerana tidak tahan dengan cuaca panas,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Ahmad Shafie, pihaknya bagaimanapun terpaksa mengambil langkah bertolak ansur untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini termasuklah serangan strok haba.

“Perkara ini di luar kawalan kita, kalau panas biasa tidak mengapa, tetapi kalau panas melampau memang tak boleh nak paksa mereka bekerja. Jadi apa-apa (insiden) majikan juga yang susah.

“Saya selalu ingatkan pekerja supaya berehat apabila perlu dan urus masa sewajarnya agar projek dipertanggungjawabkan tidak terlalu lewat untuk di­siapkan,” katanya.

Ahmad Shafie berkata, kebiasaanya tempoh siap bagi sesebuah projek penyelenggaraan jalan untuk panjang 1,000 meter adalah kira-kira sebulan.

Namun kini, kerja-kerja itu mengalami kelewatan hampir seminggu daripada jadual asal akibat cuaca panas.

“Mereka yang bekerja di bawah panas terik ini adalah golongan muda berusia antara 20-an sehingga 30-an, manakala pekerja lebih berusia ditugaskan untuk kerja lebih ringan seperti memandu lori.

“Sepanjang 10 tahun terlibat dalam bidang ini, tahun ini merupakan cuaca paling panas pernah kami lalui, walaupun mereka yang bekerja masih muda, namun tetap tidak tahan dengan bahang yang

membakar kulit dan menyakitkan kepala,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN