fbpx

Pecca catat rekod hasil terbesar dalam perniagaannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan tinggi daripada pengeluar kenderaan memberi impak positif kepada keputusan kewangan Pecca. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) kekal dalam landasan untuk meraih satu lagi keuntungan sukuan terbaiknya dalam tahun kewangan semasa 2023 (TK2023) melalui jualan suku tahunan tertinggi bagi sarung kerusi kereta upholsteri yang menyaksikan peningkatan enam peratus dalam keuntungan bersih untuk suku ketiga TK2023.

Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih RM8.56 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2023, berbanding RM8.09 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. 

Ini didorong oleh peningkatan pendapatan sebanyak 28 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM58.58 juta dalam tempoh tiga bulan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Foo Ken Nee berkata, ini adalah keuntungan bersih suku ketiga dan angka hasil terbesar dalam rekod Pecca.

Menurut beliau, Pecca yang mencatatkan margin keuntungan bersih dua angka sebanyak 14.6 peratus  pada suku ketiga, yakin momentum pertumbuhannya akan berterusan pada suku akan datang.

 Ini memandangkan pelanggan automotif utama Pecca termasuk Perodua, Toyota, Proton, Nissan,Mitsubishi, Peugeot dan Volkswagen mendapati tempahan kereta yang semakin kukuh sekali gus bakal memberi impak kepada pertumbuhan permintaan.

“Permintaan untuk perkhidmatan servis dan penyelenggaraan upholsteri semakin meningkat kerana beberapa pelanggan utama kami termasuk Perodua, Toyota dan Proton telah memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran atau memperkenalkan model baharu tahun ini.

“Kami akan terus meletakkan diri kami sebagai pembekal pilihan untuk syarikat automotif global dan tempatan, kami melihat lebih banyak ruang untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dan di seluruh rantau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi sembilan bulan pertama TK2023, Pecca mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM25.32 juta, meningkat 73 peratus tahun ke tahun daripada RM14.60 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. 

Pencapaian cemerlang ini disumbangkan oleh peningkatan pendapatan sebanyak 47 peratus  tahun kepada RM166.93 juta bagi tempoh sembilan bulan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI