fbpx

Anwar, Wan Azizah timang cucu ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Anwar di Facebooknya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah menimang cucunda yang ke-13.

Melalui satu perkongsian di Facebook rasmi Perdana Menteri itu, cucu tersebut merupakan anak kepada adik Nurul Izzah Anwar iaitu Nurul Nuha Anwar dan suaminya.

“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13. Alhamdulillah.

“Tahniah anakanda Nuha dan Khairul,” tulis Anwar di Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri ke sepuluh itu pada 12 April lalu turut menimang cucu ke-12 daripada anakandanya yang ke-4, Nurul Ilham Anwar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI