fbpx

40 peratus perokok tegar golongan B40 – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Dianggarkan kira-kira 40 peratus perokok tegar di negara ini terdiri dalam golongan B40 manakala golongan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun kini memilih menghisap vape berbanding rokok konvensional.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, jumlah penghisap vape dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah dilaporkan semakin meningkat dan bilangan menjadi berganda sehingga 14 peratus berbanding merokok iaitu sebanyak 6.2 peratus.

Menurutnya, ketika ini terdapat 17,000 perisa e-rokok yang boleh diperoleh menerusi pembelian dalam talian dengan yang menyasarkan pelanggan kanak-kanak dan remaja.

“Dengan ini, perokok mestilah merebut peluang untuk menghentikan tabiat merokok atau menghisap vape memandangkan keadaan ekonomi semasa, di mana setiap ringgit dikira untuk memastikan makanan berada di atas meja.

“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global, pengguna mestilah mengamalkan sikap berhemat dalam belanjawan keluarga dengan mengutamakan makanan bukannya produk tembakau yang berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, mengikut statistik, kira-kira 40 peratus daripada perokok adalah dalam golongan B40 berbanding 31 peratus daripada kumpulan M40 dan lima peratus kategori T20.

“20 batang rokok dijual pada harga kira-kira RM17 sekotak dan pembelian dua kotak rokok bersamaan dengan 10 kilogram (kg) beras, sebotol minyak masak 5kg atau 2kg paha ayam.

“Pembelian makanan akan memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga dengan menambah baik khasiat pemakanan dan kesihatan mereka. Jika perokok menghentikan tabiat mereka, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar daripadanya,” jelasnya.

Sehubungan itu, tambahnya, CAP menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) dengan kadar segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI